Monday, May 04, 2015

Nak share skit pagi ni...
Sila baca...

Jangan ambil ringan tentang perlindungan Takaful...
Start planning early... It give u peace of mind...

Yang dah ada pun kene review semula...
1. Tgk plan tu cukup ke tak
2. Takaful or Konvensional

Sebagai seorg muslim, tujuan kita adalah mencari yg terbaik dan sesempurna mungkin mengikut syariat.. Kerana at the end of the day.. Kita mahukan setiap sen yg kita simpan memberikan kebaikan dunia dan akhirat...

For more details... Ringankan jari2 comel anda mendail saya...
NENI
0122033840


Saturday, March 14, 2015

Great Eastern Takaful

Assalamualaikum...

Akibat busy yang melampau, dicampur pula dengan penyakit 'M'.... blog ni bersarang.... siannnn blog ni... hehehee~

Nak bgtau, life sayer sekarang ni selain family, anak2, suami, Shaklee, aktiviti lasak, marathon.... sayer sangat2 busy dengan Takaful dan Unit Trust...

Sekarang ni, sayer updated blog ni adalah kerana sayer demam dan dipaksa duduk berehat dirumah... hahahhahaaa~ see!!!! nmpk sangat sayer ni bila dah start bekerja.... sayer akan jadi giler kerja... WORKHOLIC!!!!!!

KALAU ADA SESIAPA BERMINAT NAK DENGAR 
~apa itu TAKAFUL
~ nak amik MEDICAL CARD
~ nak buat INVESTMENT by cash/KWSP

ROGER je sayer... ;-)

jom layan pic jap... hehehee ^_^







Orang kata... BIAR GAMBAR YANG BERBICARA... heheheee

next time sayer updated lagi...
^_^

Saturday, January 18, 2014

Apa itu CHOI atau CHOY???

Lately, aku tak tahu lah kenapa perkataan choi tu dah macam perkataan wajib di bibir. Cakap sikit je balas CHOI. Gurau sikit je cakap CHOI. Sikit-sikit choi. Sikit-sikit choi. Choi sana. Choi sini. Choi di mana-mana. Garu kepala aku. Selalu je aku buat muka berkerut dengan kening bercantum dekat orang yang sebut perkataan tu. Selalu je terdetik dekat hati aku ni "Apa benda la maksud CHOI tu". Selalu dengar orang sebut tapi tak tahu maksudnya apa. Sampai one time tu aku tak dapat kawal diri, aku pun tanya dekat si yang menyebut tu maksud choi tu apa tapi dia sendiri pun tak tahu maksudnya apa. Hmmmm sah! Memang sah semua ni kes ikut-ikut orang la ni. So aku pun google. Nak tahu punya pasal.

CHOI atau CHOY MEMBAWA MAKSUD CELAKA. Eja lah macam mana sekalipun, 'I' jadi 'Y' ke 'Y' jadi 'I' ke ... maksudnya tetap juga CELAKA.

Jadi tolong la sedar tiap kali korang sebut perkataan tu, kau sedang aktif mencelakakan orang yang sedang berbual dengan kau. Tak rasa bersalah ke? Ok, macam mana pula dengan rasa berdosa? Tak rasa berdosa ke kata macam tu dekat orang? Sesedap maggi cukup rasa je nak CELAKAkan orang! Free-free je tambah dosa. Dah la pahala tak banyak. Macam mana nak merasa syurga ni? Ni lagi satu... korang tahukan sekali kita celakakan orang, 10 kali seisi alam celakakan kita. Tahukan? Jadi moralnya kalau tak tahu maksud apa-apa perkataan tu pergi la cari tahu. Mohon la selidik dulu. Jangan main ikut je. Takyah la nak guna konsep "U jump, I jump". Eh bodoh la konsep tu. Korang tak rasa konsep tu bodoh ke?

Renung-renungkan. Selamat beramal

Tuesday, January 07, 2014

Pelajar sekolah rendah tak mampu bayar yuran sekolah...

Mesti semua dah baca cerita adik Nurkatijah  yg tidak mampu membayar yuran sekolahnya itu melalui blog2, fb, twitter dan berbagai lagi media sosial yg lain...

Kenapa ini semua masih berlaku dlm dunia yg serba canggih ini??

Mana perginya Pusat Zakat yg sepatutnya bertanggungjawab dalam hal ini???

bertindak lah wahai Pusat Zakat... pergi lah cari fakir-fakir miskin yg sepatutnya dapat zakat yg telah dipotong dari pihak kami tu... takkan lah diorg nk dtg merengek2, meminta2, isi borang, temuduga bagai hanya untuk meminta hak mereka...

Jangan kerana kami diam dan tidak pernah bertanya kemana perginya wang kami yg dipotong untuk menunaikan Rukun Islam yang ketiga itu, kamu menggunakan sesukahati mu...

Jangan ingat kami diam, kami menghalalkan cara mu yang salah itu...

Aduhhhhhh dunia zaman kini~

Sunday, December 29, 2013

Sabar~

"Sabar itu indah"
"Sabar itu separuh dari Iman"
"Sabar lah kerana pasti akan membuahkan hasil"
Sabar sabar sabar sabar dan bukan sabariah!
eh eh eh??! hehehe ^_^

"Sabar" itulah perkataan yg sering diluahkan setiap kali kesusahan dan dugaan datang melanda...

Tapi sejauh manakah kesabaran anda boleh bertahan???
Lama kelamaan kesabaran itu akan terhakis sedikit demi sedikit kerana kita adalah manusia biasa yg lemah dan penuh dengan hasutan2 syaitan dan iblis...

Bagaimana pun... kesabaran harus dihimpit bersama doa dan usaha.... mudah mudahan ia tidak terhakis...

InsyaAllah ♥♡♥