Sunday, May 31, 2009

Penyakit Asma

Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.

Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.


Asma di kalangan kanak-kanak

Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.

Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun.

Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.

Patologi

Patogenesis

Masalah utama kelihatannya sistem pertahanan immunologikal: kanak-kanak pada awal asma menunjukkan keradangan melampau di laluan udara.

Epidemiologi memberikan bukti kepada patogenesis: serangan asma menunjukkan peningkatan seluruh dunia; asma lebih biasa di negara kaya, dan lebih tinggi dikalangan mereka yang berpendapatan tinggi di dalam sesebuah negara.

Satu teori adalah ia merupakan penyakit kebersihan. Secara semulajadi, kanak-kanak terdedah kepada bakteria sebaik sahaja dilahirkan, "menghidupkan" sel limfosit Th1 sistem imunisasi yang mengendalikan serangan jangkitan bakteria. Jika perangsang tidak mencukupi (sebagaimana, kemungkinannya dalam persekitaran bersih moden) kemudian asma dan penyakit alahan lain terbentuk. "Hipotesis Kebersihan - Hygiene Hypothesis" mungkin menjelaskan mengenai peningkatan asma dikalangan penduduk kaya.

Teori lain yang berkait dengan di atas mengenai sistem imunisasi badan yang mempertahankan diri daripada sesetengah parasit, seperti cacing pita. Limfosit Th2 dan sel eosinophil yang membantu kita dari cacing merupakan sel yang sama bertanggung jawab bagi tindakbalas alahan. Di negara barat parasit sebegini jarang dijumpai tetapi tindak balas pertahanan badan kekal dan dimulakan dalam badan sesetengan orang oleh sesetengah alahan.

Teori ketiga menyalahkan peningkatan asma ke atas pencemaran udara. Sungguhpun diketahui secara meluas bahawa pendedahan tinggi pada sesetengah bahan kimia industri mampu menyebabkan serangan asma teruk, ia tidak terbukti bahawa proses yang sama bertanggung jawab bagi pembentukan asma. Di Eropah Barah, kebanyakan pencemaran udara menurun dengan jelas dalam tempoh empat puluh tahun sedangkan kes asma meningkat.

Pencetus biasa serangan asma termasuk:

  • alahan dihidu seperti kutu habuk (house dust mite), debunga, spora kulapuk (mould spores), epithelials binatang peliharaan
  • udara sejuk
  • senaman
  • jangkitan sistem pernafasan
  • tekanan emosi
  • aspirin dan ubat seumpamanya

Asma juga merupakan satu penyakit yang dikaitkan dengan keturunan.

Gejala

Gejala utama (cardinal symptom) asma adalah pernafasan bersiul (wheeze), menunjukkan saluran udara tersekat. Batuk, kadang kala dengan kehadiran lendir jernih (clear sputum). Kebiasaannya ada pelbagai tanda, seringkali dengan permulaan pantas, dan berkaitan dengan pencetus yang disenarai di atas. Gejala sering semakin teruk pada waktu malam atau ketika berjalan. Peningkatan saluran udara akan menyebabkan sesak nafas. Asma kadang kala berkait dengan masalah ketidakhadaman asid (acid indigestion), terutama dengan pesakit berusia.

Tanda-tanda asma adalah nafas bersiul, masa hembusan lebih panjang berbanding masa mengambil nafas, tisu cekung antara tulang rusuk dan bahagian atas sternum & klavikel, dada mengelembung dan pernafasan bersiul melalui stetoskop (rhonkhi). Dalam serangan asma teruk pesakit mungkin menjadi biru (cyanosed) dan boleh pengsan. Antara serangan asma pesakin mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda.

Diagnosis

Dalam kebanyakan kes doktor boleh membuat diagnosa berasaskan gejala dan tanda-tanda biasa. Pertukaran pantas biasa dalam halangan saluran udara boleh dipastikan dengan penurunan fungsi jantung (pulmonari) selepas bersenam atau menghidu histamina, dan kelegaan setelah menghidu ubat bronkodilator. Kebanyakan orang dengan asma mempunyai alahan; ujian alahan positif menyokong diagnosa asma dan mungkin membantu mengelakkan punca serangan. Ujian lain sebagai contoh x-ray dada mungkin diperlukan untuk memastikan penyakit dada yang lain.

Rawatan

Symptomatic

Episodes of wheeze and shortness of breath generally respond to inhaled bronchodilators which work by relaxing the smooth muscle in the walls of the bronchi (airways). More severe episodes may need short courses of oral steroids which suppress inflammation and reduce the swelling of the lining of the airway.

  • Inhaled bronchodilators
  • Systemic steroids (ex. prednisone, prednisolone, dexamethasone)
  • Oxygen to alleviate the hypoxia (but not the asma per se) that is the result of extreme asma attacks.
  • If Acid indigestion (GERD) is part of the attack, it is necessary to treat it as well or it will restart the inflammatory process.

Langkah mengelak

Punca seperti haiwan peliharaan dan aspirin perlu dipastikan dan dielakkan. Mereka yang mempunyai simptom asma sepanjang hari biasanya berasa lega dengan ubat penghalang berterusan. Ubat penghalang yang paling berkesan adalah steroid yang dihidu.

  • Penghidu (inhaler ) kortikosteroid (contohnya flutikasone, budesonide, beclomethasone, mometasone)
  • Leukotriene antagonis (contohnya montelukast sodium, zafirlukast)
  • Agonist beta2-adrenoseptor tahan lama (contohnya salmeterol, formoterol)
  • Penstabil sel Mast (contohnya kromolyn sodium (sodium kromoglykate), nedokromil)

Ambil ubat seperti yang dicadangkan oleh doktor. Jika serangan asma semakin teruk, jangan tunggu sehingga janji temu seterusnya. Bawa ubat ke mana-mana saja anda pergi. Elakkan daripada menghisap rokok atau berada berdekatan dengan orang yang menghisap rokok. Ambil ubat sebelum anda ke tempat yang mungkin akan menimbulkan serangan asma. Jika anda sering mendapat serangan asma yang teruk, sentiasalah membawa senarai ubat daripada doktor anda.

p/s: antara kajian yg sy buat tentang asma... thanks to google...


Friday, May 29, 2009

Firstly, rasanya dah 1 minggu tak updated blog ni.....
yelah... macam mana nk updated sy sibuk kt hospital coz my son, radzi kene tahan kat wad....

Kenapa kene tahan kat wad????
Kerana mula2 sebab demam... kemudian nafas laju.... lepas tu paru2 berkuman dan akhir sekali doktor diagnos dia kene imonia atau asma atau semput....

Selama 3 hari 2 mlm dia kene tahan kat wad.... masuk gas... kene ambil darah... dan macam2 lagilah diorang buat.... aduhai kesiannyer sy tgk dia menangis....

Akhirnya radzi keluar juga dari wad... walaupun tak berapa sihat dan kene teruskan ambil macam2 ubat...

*
*
*

AeroChamber


Asthalin Inhaler


Prednisolone 5mg


Budesonide Aerosol For Inhalation

*
*
*

Ubat ini lah dia akan pakai sampai bila2... walaupun batuk dia dah sembuh sehingga doktor beritahu 'stop'... barulah berhenti dari pemakaian ubat2 itu...
Sama2lah kita doakan supaya radzi cepat sembuh

Sunday, May 24, 2009

Quote of the Day

"Making your mark on the world is hard. If it were easy, everybody would do it. But it's not. It takes patience, it takes commitment, and it comes with plenty of failure along the way. The real test is not whether you avoid this failure, because you won't. It's whether you let it harden or shame you into inaction, or whether you learn from it; whether you choose to persevere."

- Barack Obama -

Friday, May 22, 2009

firstly, smlm memang x sempat buka komputer pun... tu sebab x update blog :)
hari ni sy tak tau nak tulis apa... nak upload gambar, komputer ni plak problem....
tapikan tiba2 sy teringat zaman sekolah dulu dan masa tu sy memang aktif g camping2 ni... wif member2 pengakap....
dan ada satu lagu ni yg sy ingat....

Tajuk lagu ni sungai

Airmu mengalir....
Dari gunung.... jauh disana
Jernih dan sejuknya....
....sungguh indah dipandang mata

Kau tetap mengalir....
walau apa halangan tiba
tak berhenti-henti hingga sampai
di laut nanti

Masa juga kan berlalu....
tak menunggu kita....
Gunakanlah sepenuhnya janganlah leka

Kau tetap mengalir....
walau apa halangan tiba
tak berhenti-henti hingga sampai
di laut nanti


lagu ni kami nyanyikan dalam sungai.... dan dalam keadaan sejuk sangat...
masa tu camping di sungai congkak tahun 1996.
windu bangat ngan korang semua....
saya akan cuba cari gambar lama2 masa camping utk diupload dlm blog ni...

salam....






Wednesday, May 20, 2009

Tepi Pantai.....

Dah lama rasanya tak g jln2 tepi pantai.... rasanya last pun.... g Pulau Pangkor masa mengandungkan radzi 3bln..... now radzi dah 1 tahun...

Baru2 ni kitaorang satu family ada g ke Pantai Bagan Lalang tapi tak bleh mandi air laut coz air laut surut....



















Jadi.....
kitaorang just main layang-layang jer.... best lah juga... coz angin memang kuat gilerrr....
tak payah susah-payah nak naikkan layang-layang batman tu...hehehe..



Tengokkkkk......
orang tua yg lebih2 main layang2.... budak2 steady jerrr....


Tapikan walaupun tak banyak aktiviti yang kitaorang buat...... bestlah jugak dari duduk di rumah jer... dan kitaorang makan ikan bakar jugakkkkk..... yummmmiii... rasanya sebijik macam ikan bakar umbai.... sedappp n murah :P


Ada banyak lagi gambar yang tak sempat diuploadkan.... ada masa nnti sy uploadkan...
oraittt????

Tuesday, May 19, 2009

Jalan-jalan di kota melaka...

Masa adik ipar sy bertunang last week..... sy sempat gi jalan2 di Bandar Hilir, Melaka. Walaupun kg suami di Melaka tapi tempatnya jauh dari tempat pelancongan itu.... rasanya dah 2 tahun tak pergi ke situ....
Banyak perubahan yang berlaku....
Mari kita nikmati gambar-gambar di sekitar Bandar Hilir, Melaka....


wif my son and ibu....


smile redza !!!!


wow!!! cantiknyer beca dibelakang tu...


our family....

p/s: pergilah bercuti ke negeri sendiri....

Monday, May 18, 2009

Engagement

16 may 2009, adik ipar ku.... mamat atau mohammad aqil telah melangsungkan pertunangannya..... antara gambar2 di majlis pertunangan itu...


redza dan buah hatinyer bergambar dgn bakal makciknyer..


wif mother in-law, nephew (iman) and redza


hantaran dari pihak perempuan


hantaran dari pihak lelaki


rombongan meminang

Sunday, May 17, 2009

Ini adalah artikel pesanan khidmat masyarakat. Kes ragut di Malaysia dah terlalu melampau. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengingatkan korang semua agar berhati-hati di mana sahaja korang berada. Malaysia sudah tidak selamat lagi.



Minggu lepas sahaja 2 orang sudah mati akibat menjadi mangsa ragut. Itu yang masuk suratkhabar, belum kira berapa ramai lagi yang setiap hari menjadi mangsa peragut-peragut sialan di Malaysia ini.

Kenapa mereka meragut? Yang pertamanya sudah tentu sebab diorang ini tak ada kerja. Duit tak ada tapi ada motor. Nampak pulak makcik kat tepi jalan tengah jalan berlenggang sambil pegang handbag nak tak nak jer. Apa lagi, nafsu meragut terus membara. Nak duit mudah la katakan.

Yang meragut nie tak kira bangsa. India ada, Melayu ada, Cina pun ada.

Beberapa pesanan buat korang semua terutamanya kaum wanita:-

  1. Jangan jalan atau naik motor sorang-sorang.
  2. Jangan la tayang handbang, rantai, gelang tangan dan barang berharga yang sewaktu dengannya di tempat awam.
  3. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling anda. Kalau ada dengar bunyi motor yang rempit lain macam jer, cepat-cepat lari ke tempat selamat.
  4. Kalau anda bawak kereta, jangan letak handbag atau handphone anda di tempat penumpang. Itu memang mengundang maut. Peragut sanggup pecahkan cermin kereta anda untuk meragut.
  5. Sekiranya anda diragut jangan melawan. Biarkan ajer. Nyawa anda lebih penting daripada barang yang diragut. Ramai yang terkorban sebab cuba nak dapatkan balik barang yang diragut.
  6. Sentiasa baca ayat-ayat pelindung diri mengikut kepercayaan agama masing-masing sebelum keluar rumah. Ini namanya kita bertawakal.
  7. Jangan takut nak menjerit mintak tolong sekiranya ada manusia-manusia celaka yang mencurigakan di sekitar anda. Malu sekejap takper daripada diragut.

Sekian khidmat pesanan masyarakat daripada saya. Sesungguhnya saya sedih dengan keadaan negara kita sekarang. Marilah kita sama-sama berusaha untuk mengubahnya.
Apa pendapat korang semua????? Please leave your comment........


p/s : petikan dari beautifulnara.. thanks...



Friday, May 15, 2009

Balik kg....

Today, saya nak balik kg.... adik ipar nak bertunang tapikan dah pukul 11:30 pm pun masih tak berangkat lagi.... tak tahu pukul berapa nak berangkat... tengah menunggu ni saya updated lah blog ni dulu.....apa2 pun nikmatilah gambar2 ini dulu hehehe....

gambar ni diambil ketika makan wif my family at sunway piramid.... tq for my sister kerana belanja we all makan... lain kali belanjalah lagi hehehe


our family...


amboi adlina.... senyapnyer ayam tu


manjenyerr redza ngan nenek....


posing dulu sebelum makan...


oklah itu jer dulu untuk malam ini.... ada masa saya updated lagi blog ini.....

Thursday, May 14, 2009

Berhubung melalui bahasa tubuh


MELAHIRKAN apa yang tersurat dan tersirat dalam fikiran kadang kala tidak perlu menggunakan perkataan sebaliknya boleh 'dibaca' melalui gerak tubuh seseorang.

Malah dalam sesebuah perhubungan, bahasa tubuh atau body language kadang kala memberi 'impak' lebih kuat berbanding kata-kata atau suara untuk meluahkan sesuatu.

Cara gerakan tubuh kita boleh menjadi isyarat bagi memberitahu orang lain mengenai sejauh mana kita boleh didekati untuk berinteraksi dan sejauh mana kita berminat terhadap apa yang lain sedang katakan.

Oleh itu, jika mahu memberi isyarat kepada orang lain bahawa anda sekarang berkeadaan relaks, selesa, terbuka dan berminat terhadap apa yang ingin disampaikan oleh orang lain, mungkin hanya perlu 'menyampaikannya' melalui beberapa bahasa tubuh seperti:

Senyuman

Senyuman merupakan cara paling penting untuk memberi isyarat tentang kesediaan atau keterbukaan anda untuk memulakan sesuatu perbualan atau sebagainya.

Jika anda gagal untuk senyum, orang mungkin akan berfikir anda tidak berminat atau anda sememangnya tidak berperasaan dan sombong. Senyuman yang mesra seolah-olah anda menggantung papan tanda 'selamat datang', bagi menjemput orang untuk mengenali anda.

Tegas

Dalam perbualan atau perbincangan, untuk memberi isyarat bahawa anda faham atau setuju tanpa perlu berkata-kata (non-verbal) ialah melalui anggukan kepala atau nada suara yang tegas. Jika anda tidak menegaskan dengan cara itu, dia mungkin mengandaikan bahawa anda tidak suka atau tidak berminat dengan apa yang dia katakan.

Membongkokkan badan ke depan

Membongkokkan badan ke arah seseorang yang sedang bercakap dengan anda menunjukkan bahawa anda berminat untuk meneruskan perbualan dengannya. Tetapi hanya bongkokkan sedikit saja kerana jika terlalu mendorong tubuh ke depan itu sudah dianggap kasar.

Mengunci tubuh

Gerakan-gerakan seperti berpeluk tubuh, menekap kedua belah tapak tangan atau menyilangkan kaki adalah isyarat bahawa anda cuba bersikap 'mengunci diri' atau menutup sebarang bentuk interaksi. Buka atau longgarkan postur tubuh untuk lebih terbuka bagi berkomunikasi.

Sentuhan

Sentuhan menggambarkan anda peduli. Jika anda ingin menunjukkan anda seorang yang mesra dan peduli, letakkan tangan kiri anda di atas tangan kanan rakan anda ketika berjabat salam, sentuh lengannya, tepuk belakang atau berikan pelukan. Sentuhan fizikal merupakan syarat bahawa anda bersedia untuk mendengar luahan emosi.

Pandangan mata

Mata merupakan anggota tubuh yang paling mudah untuk menunjukkan perasaan. Renungan mata boleh menjadi interaksi sosial. Pandangan mata isyarat paling berkuasa untuk mendapatkan perhatian dan penghormatan.

Ia seolah-olah menyatakan, "Ketika ini saya lebih berminat terhadap anda daripada perkara-perkara lain."

Jika anda cuba mengelak daripada melihat individu yang bercakap dengan anda, dia mungkin akan berfikir bahawa anda cemas, tidak jujur atau tidak berminat untuk berbual.

Ketika sedang berbual, cuba bertentang mata antara satu hingga 10 saat.

Petikan dari utusan malaysia 11/05/2009

Tuesday, May 12, 2009

ok.... aku dah blajar skit2 pasal blog ni.... tp kalo boring blog ni... sory ler tp lamer2 mesti best punye... :) tp mula2 biarlah aku introduce family aku dulu hehehe.....


dlm limau nipis hehehe... hubbyku yg tercinta


redza n radzi... anak2 ku yg tersayang muuuaahhh


p/s: Oklah... harap2 korang suker ngan blog aku ni

akhirnya....

akhirnya....
aku ada blog sendiri hahahaha.....
aku kene blajar dulu yer sblm itu mesti blog aku boring skit.... :P