Tuesday, July 21, 2009

INFLUENZA H1N1

belum sempat nak post tentang percutian kami sekeluarga ke bandung-jakarta (07/07/09 - 11/07/09)....
anak2 saya (redza dan radzi) telah dijangkiti virus Influenza H1N1...

pada mulanya... sebelum ke bandung-jakarta saya dan anak2 dah start batuk2... sampai sana pun kami masih batuk2... mungkin keadaan cuacakannnn...

selepas kami sekeluarga balik dari bandung-jakarta (11/07/09)... redza dah start demam...
lepas tu saya bawa ke klinik tapi mereka suruh ke hospital dengan segera kerana mungkin virus Influenza H1N1.... tapi malangnya pihak hospital cuma bagi ubat dan disuruh balik ke rumah... dan saya tidak berpuashati terus menanyakan tentang demam Influenza H1N1 tersebut... dengan angkuhnya doktor tersebut berkata "takkan semua org dari bandung-jakarta kena virus H1N1"... cuba anda fikirkan... patutkah seorang doktor berkata begitu????

selepas 3hari redza masih demam dan tidak mahu makanminum... badan dia dah terlalu lemah dan muka pucat... kemudian radzi pula demam...
hari khamis(16/07/09),
pergi lg ke hospital dengan radzi sekali.... tapi radzi yg kene tahan kat wad disebabkan asma... selepas itu suspect Influenza H1N1 pulak... selepas itu barulah doktor suruh bawa abang dia masuk wad sekali...
radzi masuk wad hari khamis n redza masuk wad hari sabtu.... quarantin...
saya jaga radzi.... ayah dia jaga redza... thanks ayah...

now radzi dah keluar hospital tapi redza tak keluar lagi... kene masuk air lg adalah... sebab tak nak makan... muka dah pucat n kurus...
mudah-mudahan redza cepat sembuh yerrr.... love u my darling...


No comments: