Saturday, January 30, 2010

9 Tips Untuk Menjadikan Anda Gembira


**1** Mengenalpasti

Fahami & kenal pasti betul-betul apa yang membuatkan anda akan rasa gembira. Lain orang lain caranya. Mereka ada cara tersendiri untuk jadi ceria. Begitu juga anda. Jangan bandingkan cara mereka dengan cara anda.

**2** Merancang

Rancangkanlah sesuatu perkara yang anda tahu pasti membuatkan anda gembira kalau anda berjaya mencapainya. InsyaAllah mood anda akan menjadi lebih baik kerana anda berasa yakin dengan diri anda sendiri kerana anda dah ada sesuatu target di depan yang sangat tak ternilai harganya.

**3**Pergaulan

Bergaullah dengan orang-orang yang sentiasa happy & gembira. Anda akan mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif jika anda bergaul dengan mereka-mereka yang berperasaan begitu. Begitu juga jika anda bersama-sama orang yang berfikiran positif, emosi mereka juga akan mempengaruhi anda.

**4**Cara Penyelesaian

Bila terjadi sesuatu masalah, terus cari cara menyelesaikannya daripada anda sibuk menyalahkan orang lain atau diri sendiri. Orang yang benar-benar gembira ialah mereka yang berjaya mengawal mood mereka tanpa dipengaruhi oleh keadaan sekeliling.

**5**Berfikir

Berikan beberapa minit setiap hari supaya anda boleh fikir apakah perkara-perkara yang boleh buat anda rasa gembira. Dari sinilah anda berpeluang menjadi lebih fokus kepada benda-benda yang positif di dalam hidup anda. Ianya pasti menjadi anda kekal gembira.

**6**Hadiah

Penting juga setiap hari anda beri hadiah kepada diri anda sendiri. Pergi lunch makanan kegemaran anda, pergi tengok sukan kegemaran anda kat stadium, mandi jakuzi di pusat istirehat, ataupun membeli pakaian yang anda suka supaya anda lebih handsome atau cantik. Semua ni akan mengekalkan kegembiraan & menjadikan mood anda lebih baik.

**7**Humor

Cari unsur-unsur humor di dalam pelbagai situasi anda. Memang, ada masanya anda perlu serius. Wujudkan suasana gembira di pejabat, ketika bersarapan pagi ataupun di dalam kereta bersama-sama teman anda.

**8**Kesihatan

Kekalkan kesihatan anda dalam mencapai kegembiraan sehari-hari. Terlalu gemuk atau anda tak makan makanan yang berkhasiat juga akan efek kepada mood anda. Bersenam, bersukan & beriadahlah kerana ia akan membuatkan anda rasa gembira.

**9**Kepercayaan

Akhir sekali, anda sendiri perlu tahu pentingnya kebahagiaan dalam diri hidup anda. Orang yang merasakan diri mereka tak berhak hidup gembira, kadangkala mereka sendiri akan sabotaj diri sendiri dalam mencapai kebahagiaan. Kalau boleh, hari-hari anda perlu berkata kepada diri anda sendiri bahawa anda berhak untuk menjadi gembira & bahagia. Ini akan mengingatkan anda kembali apakah langkah-langkah yang patut anda buat untuk menjadi seorang yang benar-benar telah mencapai kegembiraan.


Saturday, January 23, 2010

I like this button...


Thank you to DalzButtonCraft.....
Saya suka dgn button2nya... dan ini kali ke dua saya membeli button darinya....
A'aha... saya ReGulAr CuStoMer...nya....


Kepada anda yang mungkin juga berminat boleh ke http://dalzbuttoncraft.blogspot.com

mungkin lain kali saya akan post button ini dengan memakainya..




Friday, January 22, 2010

HAHAhahahaaaaaa.....

HHAHAHAhahaaaaaaa....
Sekali updated....
terus banyak2 post.... ambikkkk....

rasanya dah lama tak updated blog ni....
bukan malass.... tapi takder masa... busy sangat... tahap maxima punya busy....
hahahaaaaaaaaaaa..... :)

takder citer yg menarik pun ye juga....
dan takder idea pun ye juga....
dah busy sangat... mana nk datang idea kan?kan???kan???

apepun... saya akan cuba updated sekerap yg mungkin....
supaya blog ni tak bohsan dibaca....
yelah asyik citer yg sama... mana tak bohsan kan???kan??

oklah... itu dulu untuk hari ni....
babaiiiiiiii... 

Shawls saya dah sampai...


thank to Marissa Musa.....
I like that sHawLs... Cantikkkkkk sangattt... ;)
mungkin I akan jadi regular customer U.....

kepada yg berminat juga
sila klik di sini....

hahaha..... promote tu... kene bagi diskaun ni...

PENGAMBARAN BERSAMA JAAFAR ONN

video

Wahh... Seronok betul kanak2 di PDK KAMII, DANAU KOTA, GOMBAK... 

Mereka telah sama2 menjayakn pengambaran "HUJUNG MINGGU MALAYSIA" di RTM1.. Yg dihoskan oleh Chef Jaafar Onn bersama dua org artis iaitu Syikin Dangdut dan artis veteran dr Singapura.. S.Mariam..

Syabas kepada krew2 RTM.. Iebih2 lg kpd Kak Su kerana telah membuatkn kanak2 ini terhibur... Walaupun selepas itu hujan turun dgn lebatnya.. Syabas anda semua...