Thursday, August 12, 2010

Resepi Badak Berendam

hari ni.... hari kedua berpuasa... nafsu makan masih boleh dikawal lagi... tak mcm tahun lps... main hentam saja makan... kalau org lain kurus di bulan puasa... aku gemuk... harap2 tahun tidak terjadi lagi....... hikhikhikhihi

semalam....
masak lemak ketam... tp aku mkn masa sahur pagi td... kerana dah byk mkn kuih-muih semasa berbuka...

puasa bulan ini mahu berazam :=
- tak mahu makan berlebihan
- tak mahu minum ais banyak2
- tak mahu minum sejuk2
- tak mahu tidur selepas makan... samada selepas berbuka atau bersahur....
harap2 berjalan dengan lancar semua azam2 ini (^_^)

hari ini..... nak buat :=
- ikan goreng
- sambal udang
- badak berendam
- yang lain beli (^_^)

jom layan resepi badak berendam


Bahan-bahan:

1) ½ bungkus tepung pulut
2) 8 helai daun pandan (kisar dan perah patinya)
3) ½ biji kelapa parut (untuk dibuat inti)
4) 3 cawan santan
5) 1 cawan gula merah
6) 1 cawan air
7) 1 sudu teh garam

Cara penyediaan :

1) Kelapa parut digaul dengan gula merah dan dimasak hingga menjadi inti.
2) Panaskan kukusan.
3) Bancuh tepung pulut bersama air dan pati pandan hingga menjadi doh yang lembut.
4) Bentukkan doh lembut bulatbulat dan isi inti di dalamnya.
5) Sementara itu bancuh santan bersama garam.
6) Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuangkan santan di sekelilingnya.
7) Kemudian kukus hingga masak.
8) Sejukkan.

Sedia untuk dihidangkan.



yang ni tak boleh makan tauuu
(^_^)


Wednesday, August 04, 2010

Anugerah

"Ya, ALLAH, peliharalah anakku selama di dalam kandunganku dan sembuhlah segala penyakit. Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh dan tiada sembuhan selain dengan penawar-MU. Ya ALLAH, lahirkanlah dari kandunganku ini dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya ALLAH, jadikanlah anakku ini sihat, sempurna, cerdik, berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya ALLAH, elokkanlah perangainya, fasihkan lidahnya dan merdukanlah suara untuk membaca Al Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW"


itulah doaku... setiap kali solat... semasa mengandungkan mereka... dan sehingga ke hari, saya masih berdoa untuk mereka... dan saya masih meletakkan harapan yg tinggi untuk mereka...
walaupun... ia tak pasti....
tp saya masih berharap sampai bila2.....


mungkin inilah ujian dan dugaan yg saya harus tempuh di dunia ini..

"Ya ALLAH tabahkanlah hatiku, cekalkanlah hatiku, sempurnakanlah akal fikiranku, berikanlah aku kesihatan yg baik dalam menghadapi ujian dan dugaanmu ini... aku hambamu yg lemah Ya ALLAH"
(sambil menitiskan air mata di mlm yg hening ini)



Kenapa Tak Rogol Saya??

Kisah benar ini berlaku di US.... Saya rasa cerita ni dah lama tp saya x pernah post cerita ni... Jom kiter baca cerita ini untuk pengajaran kiter bersama ;D



Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

 
p/s : MORAL CERITA INI???


Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.


"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."

[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]


Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya... semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfaat... sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….



Tuesday, August 03, 2010

Kurus Ker???

pergi Gathering hari tu... semua kawan2 tegur, saya kurus dari dulu... hehehe... sukanya dalam hatiiii....
tp saya kurus ker?? cuba tgk gambar ni.. jeng! jeng!




















 








apa kata anda??? ade perbezaan ke??? kurus ke saya dari dulu???

kawan2 semua bertanya, aper rahsianya... jom!
saya nak kongsi rahsianya dgn kawan2 semua...
yg pasti saya tak ingat saya ader post ke tak pasal ni... tp kali ni saya nk post gak pasal rahsia kekurusan saya ini... ekekekeke



 
rahsianya :-













 








 







yaaaa... HERBALIFE
inilah rahsia saya

saya suka sangat minum herbalife ni...
bukan saja untuk kurus...

- khasiat soyanya boleh menghaluskan kulit
- tiada kesan sampingan
- kalau berhenti minum, tidak akan gemuk balik
- sedap
- yg penting tidak perlu tahan lapar


 

cuba anda tgk gambar ni pulak
*
*
*
*
*
*
*


yummmyyyyy!!!
tgk jer pun dah tau sedap kan??
inilah air HERBALIFE yg boleh dipelbagaikan ikut kretiviti anda

nak cuba tak??? ;D



Monday, August 02, 2010

Quote Of The Day

The most I can do for my friend is simply be his friend. ~Henry David Thoreau

Gathering Ex Sek Ren Padang Tembak '94

Selesai sudah Gathering Ex Sek Ren Padang Tembak '94
So... happening!!!
tak mau citer banyak... jom layan gambar2 ni
*
*
*
*
*
*
*





*
*
*
*
*
best sangat2... tak taulah ble lg dapat jumpa diorg ni... yg kebanyakannya dah jadi mak dan bapak orang... huhuhuuu kami dah tuooo