Monday, November 29, 2010

Kanak-Kanak OKU Hilang...


ader seorang kanak-kanak OKU hilang... saya kenal plak tu... huhuhu
saya baru dapat berita ni pagi tadi dari Pengetua PDK KAMII, Gombak Setia...
ibunya Nor Hashimah, juga adalah guru di PDK itu telah cuba mencari anaknya yg sudah 2 hari hilang itu... kesian mak dia.. huhuhu
berita di TV9, jam 12 tgh hari tadi.... keluar citer pasal kehilangan dia juga...

aduh... kesiannya.. 
saya mengenali Afif Syafwan ini.. juga adalah seorang kanak-kanak hyperaktif yg riang dan comel... 
tak dapat saya bayangkan apa yg akan terjadi pada dia selama 2 hari ini... harap2 dia selamat pulang....

marilah kita sama-sama membantu mencari Afif Syafwan dan sama-samalah kita berdoa agar dia pulang dengan selamat... Amin


p/s : adoiiii.... kalo saya mau pengsan... huhuhu >_<

update : Afif Syafwan telah dijumpai merayau-rayau di KL Central dengan muka yg pucat oleh org ramai... kemudian dibawa orang ramai ke Balai Polis Brickfields dan akhirnya anggota polis membawanya ke Hospital Universiti, Cheras... 
Alhamdulillah... Afif Syafwan selamat... (^_^)

PADAH NESCAFE 3 IN 1 DAN SEUMPAMANYA...

erm... nie saya dapat dari group yahoo saya... hayati ler...
*
*
*
*

 Kawan saya (dah arwah).......
dari usia muda.....
pagi nescafe..... 2 X..
petang nescafe....2X. ..
malam nescafe....? X...

depan mata saya........ .
bangun dari kerusi ........
kaki dia terus patah....
tulang dia reput.....



Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang

Zaman sekarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan...

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya 7. Elakkan mandi selepas makan
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11.. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.
*
*
*
*
sharing is caring

Friday, November 26, 2010

5 TANDA HATI BATU

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya.

Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera.Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".


1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud,

"Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya,

"Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah.

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah

Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat.

"Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)

Wednesday, November 24, 2010

MESTI BACA ......MENAKUTKAN .... SMS DARI SEORANG LELAKI ..

Satu lagi pembacaan saya yang membuatkan saya tersentak. SMS ini memang sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya dengan kata-kata manis! Wahai sahabat-sahabatku... Moga Allah peliharamu daripada semua ini...



1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?

6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..

8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..

12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…

16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...

18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?


SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...

*********************************************************************************

20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

27.(terputus hubungan)
- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..

sumber: dari blog seorang teman

p/s : itulah yg banyak terjadi di dunia kita pada masa kini...
apa komen kalian??

Monday, November 22, 2010

Pencerobohan Komputer

Assalamualaikum semua...
naper tiba2 saya cerita pasal pencerobohan komputer plak hari ni yer???
ini adalah kerana... baru-baru ni... email, facebook, twitter beberapa org kawan saya telah dicerobohi....
dan sebelum itu timbul juga kes lain....


Menjejak Pencerobohan Komputer di Internet
20th Feb 2000 (Utusan Malaysia)

HEBOH dunia teknologi maklumat (IT) dengan berita tapak Web terkenal seperti Yahoo!, Amazon, eBay dan sebagainya diganggu oleh penceroboh-penceroboh komputer baru-baru ini. Penceroboh yang menggunakan berpuluh hingga ratusan komputer itu telah berjaya melumpuhkan operasi tapak-tapak Web sasaran mereka untuk beberapa jam yang sekaligus menjejaskan perniagaan masing-masing.

Pencerobohan yang dikenali sebagai kaedah Denial of Service (Penafian Perkhidmatan) tersebut telah mendapat liputan meluas media-media dan penganalisis teknologi maklumat (IT) seluruh dunia kerana ia pertama kali membabitkan beberapa tapak Web terkenal dalam masa yang agak terdekat.

Selain itu, tapak-tapak Web yang diceroboh itu juga merupakan syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan berkaitan dengan Internet sepenuhnya dan dilengkapi dengan sistem pengkomputeran terkini dan sering menjadi contoh kepada vendor-vendor IT terkenal

Bagi pengguna-pengguna komputer sama ada syarikat atau individu, kejadian pencerobohan yang berlaku tersebut telah membuka mata mereka mengenai kepentingan mempunyai sistem perlindungan keselamatan yang baik disamping mengambil segala langkah yang disyorkan dalam memelihara sistem mereka.

Sehubungan itu, tapak-tapak Web yang menawarkan maklumat mengenai pencerobohan dan serangan komputer mula mendapat perhatian kerana masing-masing ingin mendapatkan maklumat terkini bagaimana melindungi tapak Web daripada kejadian yang serupa.

Di Malaysia, sebuah pasukan yang bertanggungjawab dalam memantau mengenai kejadian pencerobohan komputer dan memberi panduan mengenai aspek keselamatan komputer dikenali sebagai Pasukan Bertindak Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) telah ditubuhkan pada 1997.

MyCert di bawah MIMOS Berhad telah menubuhkan sebuah tapak Web di alamat: http://www.mycert. mimos.my/ yang memaparkan pelbagai maklumat mengenai kejadian berkaitan keselamatan komputer terutamanya yang berlaku di negara ini.

Melalui laman ini, MyCert menawarkan maklumat-maklumat bagi membantu mengurangkan masalah isu-isu keselamatan dan antara bahagian terbaru ialah segmen Alert & Advisories, yang di kemaskin terus secara automatik dari organisasi-organisasi lain seperti CERTCC (US), Internet Security Systems Inc. (ISS), Securityfocus dan lain-lain.

Di bahagian Alert & Adversories tersebut ia membahagikan maklumat-maklumat berkaitan pencerobohan atau virus kepada bahagian Exploit/Vulnerablity, Virus/Trojan, windows 95/98/NT, Unix/Linux, Peralatan Sekuriti/Berita dan lain-lain.

Laman Web ini turut memberikan statistik dan carta mengenai pencerobohan dan serangan virus di Malaysia yang dilaporkan kepada MyCert sejak penubuhannya iaitu statistik tahun 1997, 1998, 1999 dan tahun 2000.

Di bahagian Pusat Sumber MyCert, pengguna akan diberi maklumat dengan dokumen-dokumen berkaitan keselamatan rangkaian, perkara perlu dilakukan dalam melindungi rangkaian, keselamatan berkaitan Windows, UNIX, Macintosh, Router dan juga peralatan-peralatan berkaitan pelindungan sistem.

MyCert juga menawarkan kursus-kursus latihan berkaitan keselamatan yang pengunjung laman ini boleh mendapatinya daripada bahagian Perkhidmatan dan bagi yang ingin melaporkan sebarang kejadian pencerobohan atau serangan virus, laman ini juga menyediakan borang elektronik untuk tujuan tersebut.

Di peringkat antarabangsa pula, organisasi yang terkenal dalam perkara berkaitan dengan perlindungan keselamatan Internet ialah CERT Coordination Center di alamat: http://www.cert.org. Inisiatif ini yang dikendalikan oleh Software Engineering Institute merupakan pusat pembangunan dan penyelidikan di Carnegie Mellon University, Pittsburgh, Pennyslvania yang mendapat bantuan persekutuan. Ia bermula dengan projek DARPA (Defence Applied Research Projects Agency) pada Disember 1988.

Melalui laman Web cert.org tersebut, pengunjung akan mendapat maklumat mengenai aktiviti perlindungan sistem pengkomputeran seperti menawarkan latihan, kaedah-kaedah terbaik dalam melindungi sistem, statistik kejadian dan lain-lain termasuk memberikan amaran dan sebagainya mengenai ancaman-ancaman berkaitan keselamatan komputer.

Sebuah forum antarabangsa berkaitan dengan keselamatan dan perlindungan sistem komputer dikenali sebagai Forum of Incident Response and Security Teams (FIRST) juga merupakan pusat maklumat yang bermanfaat untuk dikunjungi.

Walaupun laman Web di alamat http://www.first.org menggunakan konsep laman Web yang ringkas tetapi ia bermanfaat bagi mana -mana organsasi yang ingin menyertai forum antarabangsa itu yang ditubuhkan bertujuan menjalinkan kerjasama antara pelbagai agensi dalam menangani perkara- perkara berkaitan insiden keselamatan komputer dan mempromosikan aktiviti perlindungan.

Laman Web ini memberikan penerangan terperinci mengenai konsortium, seminar/persidangan berkaitan keselamatan yang akan diadakan dan lain-lain maklumat berkaitan dengan organisasi tersebut terutama berkaitan dengan perlindungan keselamatan.

Tapak portal Internet terkenal www. yahoo.com melalui bahagian dailynews memaparkan pelbagai berita dan URL berkaitan dengan aktiviti pencerobohan komputer di laman http://fullcoverage.yahoo.com/fc/Tech/Hackers-and-Crackers/.

Bahagian ini memberikan liputan sepenuhnya kepada aktiviti pencerobohan tersebut yang merupakan aktiviti yang telah lama berkembang di dalam era Internet dengan memetik pelbagai sumber berita terkenal seperti Reuters, Newsweek, CNN, CBS, ZDNet dan lain-lain yang memberikan berita terkini dan juga analisis berita.

Bagi pengunjung yang ingin lebih mendalami isu tersebu mereka boleh memasuki laman berbual secara siber Yahoo Hackers lounge yang membolehkan para peminat teknologi keselamatan komputer berkongsi -kongsi pandangan mereka secara langsung.

Antara bahagian-bahagian dalam ruangan liputan dalam laman Web ini ialah ruangan Artikel majalah, pendapat dan editorial, audio, video,usenet, link dan tapak-tapak Web berkaitan yang mampu memberikan gambaran sepenuhnya mengenai aktiviti perncerobohan komputer dan perkara-perkara berkaitan dengannya.

Pengguna Internet yang masih mahukan berita-berita dan pengumuman yang berkaitan dengan keselamatan komputer boleh juga mendapatkan berita dan artikel berkaitannya di http://www.securityfocus.com/.

Pengguna-pengguna sistem keluaran Microsoft juga boleh mendapatkan maklumat mengenai isu-isu keselamatan sistemnya dengan mengunjungi http://www.microsoft.com/ security/. Laman ini memberikan penerangan mengenai maklumat berkaitan dengan keselamatan dan artikel -artikel berkaitan yang boleh dijadikan panduan.

Laman Web ini menawarkan maklumat berkaitan keselamatan yang agak komprehesif termasuk latihan, pendidikan, langganan buletin keselamatan, produk dan teknologi serta isu berkaitan kerajaan.

Satu lagi laman Web yang berkaitan dengan perlindungan serangan penceroboh komputer dan ancaman virus ialah di http://www.icsa. net/

Sunday, November 21, 2010

Kenduri & Lemak

Start jer cuti sekolah.. Startlah kenduri kawin...

Bulan Nov & Dec ni, tiap-tiap minggu kenduri kawin... 
Menu dia apalagi... macam biasa >>> 

Rendang Daging Tok

Ayam Masak Merah

Acar Timun

Nasi Minyak

Jadi... apakah korang termasuk dari kalangan orang yg suka bedal jer apa saja???? 
di dunia ini hanya ada dua hal yang korang akan fikir tentang makanan " sedap dan lazat"....... kalau jawabnya ya... Habislahhh.... korang mesti hati2 dari sekarang.....

Coz semua makan mengandungi lemak yg tinggi.. seperti menu2 kenduri kawin itu.... Dan tahukah korang terlalu banyak makanan berlemak, termasuk daging merah, produk susu, makanan bergoreng, junk food, dapat menyumbat pembuluh darah, menipiskan kadar kalsium, serta mengganggu fungsi jantung dan organ penting lainnya....

Dan tidak dinafikan lagi bahawa bila berlebihan makanan jenis ini... juga akan mengakibatkan kegemukan (perkara yg paling menakutkan bg kita... org perempuan... hahahhaa).

tapi bukan itu saja..... ia juga boleh menyebabkan alergik, kecenderungan terkene darah tinggi (suka naik angin...dan boleh nampak tua... ayokkk!!!!! huhuhuu) DLL.

SO... MACAM MANA??? NK MAIN BEDAL JER SEMUA MAKANAN???!!!!!!!!!!!!! 

jadi... kalo ke kenduri kawin sekali pun... kene pandai pilih makanan seimbang juga...
(^_^)

Friday, November 19, 2010

Klinik Kerajaan vs Klinik Swasta


dah 1 minggu saya perasan gigi saya berlubang... tapi liatnya nak g Klinik Gigi... 
tp Raya Korban ni... saya tekadkan diri nak ke Klinik Gigi jugakk... kalo tak saya tak dapat makan daging korban puas-puas... huhuhu

tapi mau pergi klinik maner???
Klinik Kerajaan or Klinik Swasta???


kalau Klinik Kerajaan ni.... aduhhhhh... sampai terlelap2 saya menunggu.... murah memang murah... tampal dan cuci gigi cuma RM 1 - RM 2... kan ke murah tuw...
pasal layanan??? 
dulu... memang hampehh!!! sombong bagai nak rakkk... dahlah nurse semua tua2... sombong plak tu... tapi sekarang... masa kali pertama saya ke Klinik Pergigian di Jasin (kg mertua), masa tu nk hantar anak yg 1st tu cabut gigi.... layanan memang 1st class... tp tak taulah kat tempat lain kannn...
tapi follow-up memang tak der lah kann... kalau ko rasa nak datang, datang jer lahhh... 


Klinik Swasta plakk.... perghhh!!!! cuci gigi jerk RM130... tu belum nak tampal lagi... 

layanan memang 1st class beb.... tapi layanan lebih kurang sama jer kottt... cuma klinik swasta ni duk sibuk suruh kita buat follow-up... mestilah kannn... itu marketing... hehhehe

Kenapa Klinik Swasta Mahal???

Tentu korang selalu tertanya-tanya kenapa caj rawatan di klinik-klinik gigi swasta terlalu mahal sedangkan di klinik kerajaan begitu murah sekali. Dan juga kenapa klinik-klinik ini mempunyai caj rawatan yang berbeza-beza bergantung kepada di mana klinik tersebut berada. Sebenarnya, caj rawatan yang dikenakan biasanya setimpal dengan rawatan yang diberi. Dan kos mereka juga berbeza-beza...

Kalau Klinik Kerajaan.... Kerajaan banyak menghulurkan bantuan di klinik-klinik gigi kerajaan ni kerana caj rawatan terlalu dan teramat murah. Kadangkala saya berasa harganya tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan tetapi bekerja di kerajaan memanglah untuk berbakti kepada masyarakat. Bayangkanlah harga cucian gigi hanyalah RM 1 - RM 2 di klinik kerajaan..tetapi masa yang di ambil untuk mencuci gigi yang banyak karang gigi memakan masa sejam lebih. Kadangkala sebab itulah doktor-doktor di klinik kerajaan menyuruh korang membuat temujanji atau pergi buat rawatan di klinik swasta kerana masa yang di ambil agak lama dan terlalu ramai pesakit yang menunggu masa utk dirawat....

Di negara-negara lain, kos rawatan pergigian memang lagi mahal sehinggakan ada di antara penduduk negara tersebut yang tidak mampu membuat sebarang rawatan. Tiada bantuan kerajaan yang ada di negara-negara tersebut seperti negara kita. Jadi memanglah penduduk malaysia amat bertuah dibandingkan negara-negara lain. 

Sayangilah gigi korang dan jagalah ia dengan baik. Kerana kos untuk merawat lagi mahal dari kos untuk mencegah...
(^_^)

Thursday, November 18, 2010

10 Perkara Yang Tak Perlu Diungkapkan Pada Seorang Perempuan














































































Saya terjumpa infographic ni dan saya rasa banyak poin dalam tu yang memang betul berdasarkan pengalaman saya, jadi boleh la dikongsi kat blog ni.......

#1 Mengungkapkan magic word ‘I love you’ masa tengah gaduh atau dia tengah marah. ermm.. Ada kebenarannya. Bayangkan kalau si lelaki ada buat salah atau ada salah mana-mana lepas tu cakap ‘I love you’ mesti dia balas balik, ‘Kalau u sayang, kenapa u buat macam ni? bla.. bla.. bla.. ‘ Jadi kalau nak play safe, elok sangatlah pihak lelaki ni bersabar sikit time perempuan tengah panas. Diamkan aje, biar dia habis membebel, biar dia menang. Ya kan aje apa yang dia cakap, lebih-lebih lagi kalau dapat perempuan jenis yang kuat merajuk ni. Dia dah habis cakap, dah diam kejap baru tegur balik. Make up for your mistakes atau kalau dah kahwin boleh make out terus kan.. hehe. Apa-apa pun dalam relationship, masa tengah gaduh api tak boleh dibalas api. Kena kasi air baru padam.

#2 Perempuan ni dia suka minta pendapat lelaki dia dalam apa-apa decision making process yang dia rasa sesuai untuk dibincangkan. Betul?? Kalau setengah kawan tu, ni salah satu sign untuk tahu samada korang berdua ni dah cukup rapat ke belum, atau samada perempuan tu percaya si lelaki ke tak. Kalau dia percaya boleh la proceed to the next step kan. Yang buat perempuan jadi frust adalah bila dia tanya pendapat, lelaki pulak bagi jawapan terserah anda. fuhh.. memang masa tu dia rasa korang lah manusia yang terpaling tak berguna sekali dalam hidup dia. Serius. Kalaupun susah atau benda tu dan korang tak tau langsung, cuba jelah kasi pendapat sebaris dua. Sekurang-kurangnya dia boleh bagi markah sebab mencuba. Lagipun, takkan la perempuan ni nak tanya benda yang memang tak berkaitan langsung untuk dibincangkan. Tak logik la macam tu.

#3 Okay.. yang ni saya kurang pasti sangat. Tapi biasanya perempuan ni akan datang pada lelaki dia untuk mengadu masalah. Dengar je.. dengar dengan sepenuh perhatian dan jangan buat benda lain. Saya selalu je nampak kaum lelaki ni macam acuh tak acuh je layan girlfriend dia. Kesian pulak tengok. Kadang-kadang tak ada apa sangat pun, diorang nak mengadu je. Itu hak mereka sebagai kekasih/isteri. Jangan diabaikan. Karang ada tempat mengadu yang lain, korang jugak yang susah. Padan muka!!! hahahhaaa

#4 Bila bersama janganlah diam membisu sebab pada perempuan kalau lelaki ni diam je, mesti ada udang di sebalik batu. Diam ubi berisi.. Lepas tu diorang dah tak senang duduk, mula fikir macam-macam. Ada yang terus takde mood, fed up sebab keluar jumpa tunggul kayu. Walaupun korang ni jenis tak reti cakap macam saya ni, cuba cari sesuatu yang boleh dijadikan topik. Apa-apa sahaja asalkan bersesuaian. Tapi kalau masa first date dah macam takde apa-apa sangat, masing-masing tak boleh nak click, boleh lupakan jelah.. heheheheee

#5 Ni pun saya tak tau sangat, tapi kalau saya jadi lelaki... play safe je. Dia tanya, ‘How do I look?’ Sila jawab dengan jawapan standard macam, ‘You look good/beautiful’ Always play safe lebih-lebih lagi on the first date. Kalau boleh masa first date tu, terus je puji: ‘Ah.. you look beautiful than I’ve imagined’ haaa… Pompuan tu confirm cair punya... hahhahhaaaa

#6 No komen.

#7 Ni salah satu pantang larang terbesar dalam relationship. Jangan sesekali puji perempuan lain yang ko nampak depan dia walaupun dia ada tanya, terutamanya perempuan yang ko dan/atau dia kenal. ish.. Kalau dia tanya si X ni ok tak? Just cakap ok. Jangan nak kasi detail apa-apa. Serius. Sila elakkan kesilapan bodoh ini wahai kaum lelaki... tapi pompuan pun sama gak... janganlah duk sibuk puji lelaki lain depan bf/suami kita....

#8 Perempuan ni kalau sampai time emotional dia, ya ampunn… ada yang memang emo habis. Tak boleh silap sikit, habis dia gunakan terhadap korang. Bila macam ni satu je, jangan cakap, ‘Apesal you ni emo sangat hari ni?’ Ada perempuan yang jenis ok sikit akan sedar dan dia akan kurangkan buat perangai tu, tapi ada juga yang tak maka teradilah kes api lawan dengan api. Kalau jadi macam tu, eloklah kasi dia cool down terus. Kurangkan komunikasi.

#9 Lagi satu pantang larang terbesar, jangan sesekali bandingkan dia dengan perempuan lain atau lebih teruk lagi dengan bekas kekasih korang.. Memang dia akan mengamuk atau pun merajuk seminggu dua. Jangan buat. Tapi perempuan ni kadang-kadang suka je nak tau pasal ex korang. Mesti dia akan tanya, saya pun tak faham kenapa. Lelaki ni kalau boleh dah tak nak fikir pasal bekas kekasih dia, tak nak ingat. Jadi kaum perempuan kalau boleh, jangan la tanya kalau dia tak suka dan lelaki kalau diorang nak sangat tau, elakkan bagitau benda detail-detail sangat.

#10 Hal perut berlipat, terlebih lemak atau apa tak perlulah diungkapkan secara terang-terangan. Kecik hati dia nanti. ishh..
(^_^)

Sunday, November 14, 2010

Ben 10 alien force


ehh??? apasal tiba-tiba entri pasal kartun Ben 10 plak ni....?? hehehehe...
jawapannya : saya punya blog... saya punya pasallah mau post pasal apa... hahhaha

Ben 10 ni.... kartun kegemaran anak saya... tp telah menjadi kartun kegemaran ayah dan ibu dia juga... satu family dah giler ngan kartun Ben 10 ni...


cerita dari Ben 10 ni kecik ...


sampailah dier besar... 


tak pernah miss tengok cerita Ben 10 ni... walaupun cerita ni kadang-kadang macam mengarut skit... tp seronok untuk hilangkan stress dan boleh merapatkan hubungan family... dah satu family suka tengok kartun Ben 10 ni kannnn... kannn... kannn....
tambahan pula di hujung minggu ni... asyik duk tengok cerita Ben 10 jer lahh....


dengan adegan makhluk asing dier yg pelbagai jenis tu... menjadikan dier lebih hebat... kan best kalo kita boleh jadi macam tu... hahhahaaaa mulalah nak mengarut ni kan...

tapi saya memang sejak dari kecil suka tgk kartun.... tak tahulah suami saya... tgk gaya memang macam giler kartun juga... mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke bihun soup... hehehhe..

ader sesiapa lagi yg suka tengok Ben 10 ni??? saya pasti... mesti ramaikann... kann... kann...
(^_^)

Friday, November 12, 2010

Bila isteri dah tak cantik.....

Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri... Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.

Kisah benar yang terjadi kepada seorang isteri... saya copy paste bulat dari Note Facebook seorang member dan ceritanya bermula begini..


"Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja..

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.

Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik seperti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.
**********************************************

PS (Pendapat Aku) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah .


"Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya....InsyaAllah......."

10 KELEBIHAN COCA COLA ?

Setiap kali ke KFC atau McD saya mesti minum air coke ni. Memang sedap air nie. Sedap giler! Korang pun mesti ader yg suke air ni. Sama ada korang tau atau tak, sebenarnya air coke nie ade 10 'kebaikan' yg tak disangka-sangka. Saya dpt bender nie dari emel seorang kawan. Ape lagi!!
Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.


9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah


Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi

Disampaikan oleh seorang sahabat.....Assalamualaikum kengkawan... last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat. mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dianak carik jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men & women. menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama keturunan, diorg tak nak le mandul! kalau korang pernah terima forwarded email pasal bertapa cidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci toilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late. so kalau minum banyak & atthat time baru lekat zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies.
p/s : Masih tidak pasti kesahihan artikel ini, namun jika ia benar bayangkan apabila ia masuk kedalam perut kita, bertambah sihatkah kita.. jika tidak benar pun lebih baik menjauhi, bukan kerana kesihatan sahaja malah untuk agama kita..

Holiday adalah Theraphy...

nak holiday lagi???.... hadoiii... tak puas-puas saya nak pergi holiday... baru jer pergi Penang hari tu sekarang nak berjalan lagi... tapi tak per... janji saya tak stress dan holiday ni dapat menenangkan hati dan perasaan ku... hahhahaha

tapi... nak ke mana yer???

perancangannya nak pergi dekat-dekat jer... nak pergi ramai-ramai with mertua dan ipar duai... so, kenelah budget yg bawah-bawah skit... coz saya pun baru jer pergi bercuti hari tu... huhuhu..

survey punya survey... mungkin nak kesini kot...
murah pun murah.. best pun best... banyak aktiviti yg seronok... dan yg penting ader swimming pool... hahhahaa
yg penting dapat melepaskan kekangan stress saya (betul ker bahasa saya ni)

tapikannnn... hahhaaha ader tapi lagi...
saya teringin sangat nak ke sini.....

dan bilik dier macam ni...

wah!! wah!! ader private pool... 
mungkin saya boleh ajak my luvly hubby ke sini untuk honeymoon yg entah berapa kali entah... hehhehe...
best... best... best...

Thursday, November 11, 2010

Syarikat AC Mizal Disyaki Tiada Lesen Jualan Langsung?


Syarikat jualan langsung yang diasaskan oleh AC Mizal disyaki beroperasi tanpa lesen Akta Jualan Langsung 1993 seperti yang diwajibkan oleh Kementerian Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK).

Laporan Utusan Malaysia ada menyebutkan bahawa mereka turut membuat semakan di laman web kementerian, namun tidak menjumpai nama syarikat milik AC Mizal dalam senarai “SENARAI SYARIKAT YANG PERNAH MEMOHON LESEN DI BAWAH AKTA JUALAN LANGSUNG 1993” (keyword: AC Konsortium), di mana database kementerian yang paling terkini telah diupdate pada 2 November lalu.

Kementerian juga telah memulakan siasatan dan memantau rapi kegiatan syarikat tersebut berikutan aduan orang ramai.
*
*
hadoiiii!!!!!... artis yg selalu dijadikan role model pun buat macam ni... macam maner ni??
buat malu jerk... tapi apa2 pun semua masih dalam siasatan...

Wednesday, November 10, 2010

Mamat Diberkas Polis Kerana Mencuri Motosikal, Positif Dadah


hah??? penyanyi Mamat yg dulu popular dengan lagu Ibu... dan aku memang minat giler ni, DIBERKAS??
mcm tak cayer jerk....
tp inilah yg aku dapat dari Oh Bulan...
jom tgk entri yg aku dah copy paste ni...
*
*
*

Hobi baru Mamat agaknya, tahun lepas beliau pernah ditahan kerana mencuri telefon bimbit & jam tangan seorang rakyat Singapura.

Selepas setahun kisah itu berlalu, semalam Mamat telah ditahan oleh polis kerana memiliki motosikal curi jenis Yamaha LC 135 yang dilaporkan hilang pada 6 Nov lalu di Tampoi, Johor Bahru.

Tangkapan dibuat di kawasan Flat Taman Pulai Utama selepas polis menerima maklumat daripada orang ramai. Paling epik, ketika Mamat ditahan, beliau turut positif dadah jenis Methamphetamine.

Hasil siasatan, Mamat mengaku mencuri motosikal itu.
*
*
*
urmmm apa nak dikatakannnn... mungkin buat album pun dah tak laku... nak keje... nak keje aper?? so... inilah jadinya...

Tuesday, November 09, 2010

Apple iPad

semua dah kecoh pasal iPad ni kan?? kann?? kan??
dan saya pun nk kecohkan diri... mau survey ini iPad dan proses pujuk rayu my LuvlyHubby.... hehhehe

jom kiter tgk bagus atau tidak iPad ini >>>

Features :
* Processor: 1GHz Apple A4
* Operating System: iPhone OS 3.2
* Storage: 16GB, 32GB or 64GB flash drive
* Size: 9.56 (H) x 7.47 (W) x 0.5 (D) inch
* Weight: 1.5 pounds (680 gram) for iPad WiFi, 1.6 pounds (730 gram) for iPad 3G
* Display: 1024×768 pixels
* Wireless connection: WiFi, Bluetooth, 3G (Additional payment needed)
* Battery: up to 10 hours of web surfing, video watching, music playback
* Input/Output: Dock connector, 3.5mm headphone jack, build-in speaker, microphone, SIM tray (iPad 3G only)

Bagaimana pula harga Apple iPad ni kat Malaysia?

Without 3G:
• $499: 16GB (RM1714)
• $599: 32GB (RM2057)
• $699: 64GB (RM2400)

With 3G:
• $629: 16GB (RM2160)
• $729: 32GB (RM2500)
• $829: 64GB (RM2848)
*
*
*
urmmm... saya rasa mau dapatkan satu untuk diri saya... macam best jer kan???
korang plak mcm mana??
(^_^)

Monday, November 08, 2010

Aidid Mu'addib

Aidid Mu'addib.... sapa dia???
Dia seorang yg begitu anti dgn MLM & Pyramid-Schemes... itu saya tak heran... sebab ramai juga yg anti dengan perniagaan begitu, termasuklah saya sendiri...
tp...
yg bestnya di dalam blog dia >>> http://aididmuaddib.blogspot.com
entri yg bertajuk Gelang AC Mizal - Penipuan Testimonial Yang Amatur Sungguh

cuba korang pegi ke blog dia... kalau betullah apa yg dia bongkarkan itu... memang tabik spring saya kat Aidid ni... blog dia memang berani....
(^_^)

Supplmnt Food Saya.....

semalam tak der entri??? hehhee sibuk ngan kenduri kawin lahh...


lepas kenduri pergi tengok my best friend baru lepas bersalin.... dia dapat baby girl... cemburu saya... saya gak yg takder kawan... dah dua-dua kawan ayah... huhuhu...

takper2... usaha tangga kejayaan kan?? kann?? kannn?? hahhahaa

selepas itu... saya ke stokis LUXOR... ini baru nak cerita pasal supplmt food saya...

saya ke stokis LUXOR... dah tentu beli supplmt food saya dah dah kehabisan 1 minggu lebih ni...


apa yg saya beli???
>>> JELI GAMAT GOLD
>>> SPIRULINA PASIFICA
>>> EX-TAR C PLUS
>>> VITALUXOR

apakah semua2 diatas ituw??? semua untuk kesihatan saya, untuk kulit saya, dan untuk awet muda saya... hahahhaaa... kalau korang semua nak keterangan lanjut klik jer kat sini
tak pun send jer private msg kat saya... hehhehee

Saturday, November 06, 2010

Apa dah jadi dengan Geng Blogger???

Pagi ni nak login ke Geng Blogger apsal page lain yang di bukanya..???
Tak caya cuba clik GENG BLOGGER.
Cuma page kat bawah ni yang tertera..


Adoyaii.. masalah malware detected pun tak settle lagi...
ni kira Geng Blogger dah kena hack ker..?
Or domain tak renew kerr..?

Orr.. someone tell me why..??

Huhuhu... baru mau cuba2 masuk sana...

Isu Kepercayaan dalam Satu Perhubungan

Isu kepercayaan (trust issue) dalam percintaan ni perkara biasa yang berlaku dalam sesuatu perhubungan >>> suami isteri ataupun kekasih....
Biasalah tu.... Saya dulu pun ada problem gak pasal ni. Biasanya isu kepercayaan ni berkait rapat dengan sifat cemburu seseorang dan ya, lelaki atau perempuan... dua-dua ada sifat cemburu.