Saturday, November 06, 2010

Isu Kepercayaan dalam Satu Perhubungan

Isu kepercayaan (trust issue) dalam percintaan ni perkara biasa yang berlaku dalam sesuatu perhubungan >>> suami isteri ataupun kekasih....
Biasalah tu.... Saya dulu pun ada problem gak pasal ni. Biasanya isu kepercayaan ni berkait rapat dengan sifat cemburu seseorang dan ya, lelaki atau perempuan... dua-dua ada sifat cemburu.

 
Cemburu lelaki datang dalam pelbagai bentuk dan ada di mana-mana sebab lelaki mahukan perempuannya pandang pada dia yang satu, seolah-olah dialah lelaki terakhir di dunia ini...
Cemburu perempuan pula??? sama jer dengan cemburu lelaki.... mahu lelaki tu pandang dier sorang jer... pantang kalau lelaki tu toleh ke perempuan lain.... hehhehehe
Ya, kuasa cemburu ni kadang-kadang melampau sampai ke tahap itu....
Berbalik kepada isu kepercayaan ni, saya terasa macam nak gelak pulak bila baca kisah di satu blog ni...

 Ceritanya lebih kurang macam ni: Boyfriend minah ni kat Sarawak belajar, minah tu pulak kat Australia, tapi si boyfriend ni check IP minat tu (entah macam mana dia check) tunjuk lokasi IP tu kat KL. Jadi entah macam mana gaduh sampai boleh putus sebab si boyfriend tak percaya kat minah ni. Adeh~ Persepsi tanpa prejudis aku terhadap kejadian ni, mesti diorang ni jumpa kat internet. Bercinta melalui online je banyak kot.. Sampaikan nak percaya bulat-bulat kat teknologi dan bukan pada orang yang konon-kononnya dicintai..

Yang kelakarnya.. kenapa bercouple sampai nak check IP bagai? Sumpah ni kali pertama aku dengar benda macam ni dalam hidup aku. Bapak nerdd habis! I mean come on la people, get a life!!! Saya pun bercinta gila-gila jugak dulu, tak pernah dalam hidup saya nak check IP ni semua, yelah sebab saya tau la kan suami/tunang/kekasih saya di mana dan ke mana. Even better, isu lokasi seseorang yang melibatkan ketepatan pada tahap benua ni bukannya susah pun nak selesaikan. Call la, atau webcam ke.. adeh. Really, this is so stupid. Bukan nak burukkan sesiapa, cuma isu dan alasan ni terlalu remeh.

All I know, isu remeh temeh ni berlaku pada pasangan yang baru nak bercinta la. Mungkin sebelum ni tak pernah lagi, biasalah tu.. Semua orang perlu belajar daripada pengalaman sendiri, dengar cerita dan pengalaman orang lain memang tak cukup. Tak berani mencuba? Aih.. kalau tak berani better not mention about it. Jadi macam tin kosong je nanti.

Trust... sejauh mana kepercayaan yang boleh diberi kepada suami/isteri/tunang/kekasih kita?
dan bila kepercayaan itu diberikan TOLONG jangan sia2kan.... kerana kepercayaan itu lah benda paling berharga dalam sesuatu perhubungan.... tak kisahlah as suami, isteri, tunang atau pun kekasih...
dan bila kepercayaan itu dah tak ader....
nothing in our relationship
 THINK.... FIKIR-FIKIRKANLAH...
(^_^)

No comments: