Thursday, November 11, 2010

Syarikat AC Mizal Disyaki Tiada Lesen Jualan Langsung?


Syarikat jualan langsung yang diasaskan oleh AC Mizal disyaki beroperasi tanpa lesen Akta Jualan Langsung 1993 seperti yang diwajibkan oleh Kementerian Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK).

Laporan Utusan Malaysia ada menyebutkan bahawa mereka turut membuat semakan di laman web kementerian, namun tidak menjumpai nama syarikat milik AC Mizal dalam senarai “SENARAI SYARIKAT YANG PERNAH MEMOHON LESEN DI BAWAH AKTA JUALAN LANGSUNG 1993” (keyword: AC Konsortium), di mana database kementerian yang paling terkini telah diupdate pada 2 November lalu.

Kementerian juga telah memulakan siasatan dan memantau rapi kegiatan syarikat tersebut berikutan aduan orang ramai.
*
*
hadoiiii!!!!!... artis yg selalu dijadikan role model pun buat macam ni... macam maner ni??
buat malu jerk... tapi apa2 pun semua masih dalam siasatan...

No comments: