Tuesday, December 28, 2010

Kemenangan Malaysia 3-0 Ke Atas Indonesia Final Piala AFF Suzuki Cup


Sebelum tu... mau ucap TAHNIAH kat Pasukan Malaysia kerana menang 3 - 0 keatas Pasukan Indonesia...

erk??? tiba-tiba plak saya citer pasal bola ni... kenapa erk??? hahaha!!! kerana dari dalam rumah ke luar rumah duk citer pasal bola jerk... hahaha!!! Hidup Malaysia!!!

Esok, Malaysia akan bertandang ke Jakarta untuk final kedua Piala AFF Suzuki Cup. Berbekalkan kemenangan 3-0, kita ada bekalan selesa di sana. Tapi player Malaysia tak boleh over confidence. Kita kena kekalkan corak permainan yang ditunjukkan di Bukit Jalil.
Kata orang, sebelah tangan Malaysia sudah pun menggengam Piala Suzuki AFF Cup nie. Tapi di Indonesia nanti confirm pelbagai halangan bakal menimpa. Kami pasti yang rakyat Indonesia akan membuat serangan laser ke atas player Malaysia nanti. Dan dengarnya, pelakon Julia Perez bakal memakai baju laser untuk menganggu tumpuan pemain kita. hahahaha!!! lawak!! lawak!!

Sebelum kita berjuang di Jakarta, kita imbas kembali detik-detik kemenangan di Bukit Jalil di video di atas. Dalam 3 gol yang dijaringkan, gol favourite saya tak lain tak bukan tandukan dari Safee Sali. Sekali tengok macam tandukan Wayne Rooney. Macam peluru menerjah gawang Markus yang terkesima tak tahu nak buat apa... Pergh!!! Tiba-tiba saya terrer pasal bola ni... wakakaka!!!
Marilah kita sama-sama menggembleng tenaga dan sokongan buat pemain bola sepak negara kita. Berharap kemenangan bakal jadi milik mutlak kita.
Juara di padang bola sepak pasti jadi milik Malaysia. Harimau pasti membaham Garuda di Jakarta. Malaysia boleh!!! Yeehaaa!!! Semangat!!! Semangat!!!

Friday, December 24, 2010

Bila Remaja Muslim Mempersendakan Pemakaian Tudung

Astaghfirullahalazim, wanita melayu Islam sendiri mempersendakan pemaikaian tudung.
Apa dah jadi dengan diorang ni? Cetek agama atau cetek akal untuk berfikir secara normal?

Jom tengok gelagat bodoh diorang ni...


Jangan salahkan mak bapak kalau semua ini terjadi... tepuk dada tanya diri sendiri... 
hadoilahhh.... kalo tak bersedia pakai tudung lagi tak per.. tapi yg tak boleh dimaafkan, mempersendakan ni...

pepun.. thanks to OhTidak

Tuesday, December 21, 2010

...::: Bola Cat oh Bola Cat :::...

18/12/2010... bertempat di RPG CAMP... telah tercapailah hasrat saya untuk bermain paintball...
Perghhh!!! memang best... mcm askar real... hahhahahaa... 
walaupun keahlian, tak seperti yang saya jangkakan... tak per... kami tetap ENJOY!!!!!!!!


tapi selepas tu badan sengal2 tak hengattt punya!!! hadoilahh... dahlah saya ni bukan jenis kaki sport atau kaki jogging... tiba2 terlibat dalam game xtream macam ni... memang lenguh2 lah satu badan... dengan lebam2 kene tembak lagi... tapi satu jerk saya nk cakap.... MEMANG SERONOK!!!!!


jom layan gambar2 lain lak... 

sarang kami... hehehee

tempat persembunyian...
breffing time
masa untuk bertindak... hehehe

mencuba senapang masing2
tangan kene tembakkkk!!!! huhuhuhuu

pergh!!! tgk gambar jerk dah best... memang teruja kannn....
mula-mula nk main tu takut gak... lepas tu gian plak.... ^_^

atas permintaan rakan-rakan....
saya tengah dalam perancangan untuk buat game ni lagi dalam bulan depan... mungkin nak cari lokasi lain plak... bak kata orang "tukar angin" hehhehe...
sekarang tengah mengumpulkan team seramai yang mungkin.... harap-harap game kali ni lebih ramai dan lebih seronok!!!! yeeehaaaa!!!!!!!!!!
(^_^)

Saturday, December 18, 2010

Suami boleh didakwa jika rogol isteri......




KUALA LUMPUR - Seorang suami boleh didakwa mengikut Kanun Keseksaan sekiranya didapati cuba memaksa isteri sendiri melakukan hubungan seks tanpa kerelaan.
Ketika dihubungi Kosmo! semalam, Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor D. R. Ghanthi Nathan berkata, walaupun mangsa seorang isteri yang sah tetapi menjadi satu kesalahan jika suami melakukan hubungan seks tanpa keizinan.
"Isteri boleh buat laporan polis jika suami memaksanya melakukan hubungan intim. Si suami boleh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas dakwaan merogol", ujarnya.
Katanya, justifikasi dalam kes berkenaan berdasarkan konsep keadilan perlu ditegakkan walaupun pelaku seorang suami yg sah.

                                    ************************************************

so, apa pendapat korang?? bukan kah derhaka jika seorang isteri itu menolak permintaan suaminya... dan bukankah itu tanggungjawab seorang isteri... 
isteri penat?!! takkan suami tak faham kot??!! takkan mau main paksa2 kannn?? hahhahah!!

kenelah faham memahami... bertolak ansur... barulah aman bahagia
(^_^)

Sunday, December 12, 2010

Reunion xSRKJPT1 @ Priok Steamboat Lakeside Restaurant

Reunion xSRKJPT1
Priok Steamboat Lakeside Restaurant
Kelana Jaya
04-12-2010

http://www.emocutez.com
***********************************
dah 8 hari berlalu reunion ni tapi saya x sempat2 update.. sorry yer... coz saya tgh mengumpulkan gambar2 dari camera kawan2 saya... coz saya tak bawa camera... hihihihiiii

**********************************

jom kita layan gambar menarik sekitar Restoran Priok yg lokasinyer sebelah lake side Kelana Jaya Centre ni...
*
*
*

map ke Restoran Priok





jom tgk menu dier plak... yummy!!!!!!!!!
*
*
*








macam maner???... terliur tak??? hehehhe
jom layan gambar saya dan kawan2 plak... hehehhehe
*
*
*






hahahhaaaa... ni jerlah yg ada pun... kawan2 yg lain semua ader hal... dan ader plak yg cancel last minute... sampaikan Pn. pengerusi majlis mau resign... hahahhaha
http://www.emocutez.com
tak per- tak per... jgn fade-up.... mungkin reunion kali ni... tak sesuai dengan masa, keadaan dan tempat... ape-apepun.... very2 d'happening.... sampaikan sakit tekak saya malam tu kerana ketawa terlampau kuat sangat... hehheheh
luv u alls (^_^)

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"???????? apa maksudnya???

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
 Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89) 

السلاما=keamanan.....
 
baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...


Ilmu ni utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain... saya ambil dari blog seorang kawan... jom kita tgk >>>
*
*
*


Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.
 
Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum" dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;"WAALAI KUM SALAM
 
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata “Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr… Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer
 
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti    ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
 
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
 
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Sekian, semoga ada manfaatnya.

Sunday, December 05, 2010

My New Baby...

salam semua...
my new baby??? saper erk???? hahhahha

jeng!! jeng!! jeng!!


hahhahaa...
Blackberry Curve 9300... jadilahh.... hajat di hati mau beli Blackberry Bold 9780... tapi time kita nak beli time tu lah stock tak der... tension2...
malas punya pasal... mau pergi balik pergi balik... jadi rembat jer lahhh...

siap hubby pujuk lagi... nnti lain kali kita beli BB Bold 9780 yer.... hahahhaha nak tergelak saya...
macamlah tukar hp ni mcm tukar baju jer kannn... very2 d membazir... (^_^)

tapi tak per.. janji dapat pakai adik beradik Blackberry gak... hehhehehe
(^_^)
thank you en hubby..

n says babai to my old baby >>>>


aperpun... kamu banyak berjasa untuk setahun ini... still love u... (^_^)

Friday, December 03, 2010

...:::Quote of Days:::...

Distance doesn't ruin people's relationships. You don't have to see someone everyday to be in love. -Joanna Burke

*

*

 berada jauh dari seseorang bukan penyebab sesebuah hubungan musnah... xperlu berjumpa hari2 untuk tahu kita sayangkan seseorang....

*

*

jadi... sendiri mau ingatlah... kepercayaan dan kerjasama penting dalam sesuatu hubungan...

 

p/s : dedicated tu my luvly hubby... kalaulah dia rajin buka blog ni kaaannnnn... huh! (^_^)

Thursday, December 02, 2010

Petua Agar Anak Ikut Cakap Ibubapa


dapat info ni dari facebook seorang kawan... jom kita try pada anak2 kita..
(^_^)

*
*
*

1. Setiap pagi, sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat.

2. Letakkan kedua-dua telapak tangan ibu/ayah yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut.

3. Bacakan al Fatihah dan Alam-nash-rah... hingga habis.

4.  Niat dalam hati mohon pada Allah: "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap ibu bapanya".

5.  Kucup dahi anak dan biarkan dia pergi ke sekolah. Telapak tangan anda (ibu/bapa) ada aura dan gunakannya sebaik-baiknya.

*
*
*

cubalah... mana tau berkesan kannn? kann? kannn?

Paint Ball Oh Paint Ball

salam semua....
wah wah wahhh... dah baper hari tak update blog yer???

saya busy mencari team untuk pasukan paint ball saya...
hahhahaa.. so xcited nak main paintball ni.. tak pernah main punn... asal nak main mesti ada halangan tapi kali ini tidak akan ada halangan lagi (^_^)



hahhahahaa... tak sabarnya... mau letakkan gambar saya plak lepas ni... aksi saya dan kawan2 sebagai combat... hahhahaha

ini rate yg saya dapat dari http://rpgpaintball.blogspot.com/

RATE :
RM15 - 100 PELLET
RM30 - 200 PELLET
RM45 - 300 PELLET
RM60 - 400 PELLET
RM75 - 500 PELLET

ada lagi murah tak dari rates di atas?? kalo ader bgtau saya yer... 
saya akan bermain 18hb december ni... wahh wahhh... tak sabarnyer... tak sabarnyer....
(^_^)