Tuesday, December 28, 2010

Kemenangan Malaysia 3-0 Ke Atas Indonesia Final Piala AFF Suzuki Cup


Sebelum tu... mau ucap TAHNIAH kat Pasukan Malaysia kerana menang 3 - 0 keatas Pasukan Indonesia...

erk??? tiba-tiba plak saya citer pasal bola ni... kenapa erk??? hahaha!!! kerana dari dalam rumah ke luar rumah duk citer pasal bola jerk... hahaha!!! Hidup Malaysia!!!

Esok, Malaysia akan bertandang ke Jakarta untuk final kedua Piala AFF Suzuki Cup. Berbekalkan kemenangan 3-0, kita ada bekalan selesa di sana. Tapi player Malaysia tak boleh over confidence. Kita kena kekalkan corak permainan yang ditunjukkan di Bukit Jalil.
Kata orang, sebelah tangan Malaysia sudah pun menggengam Piala Suzuki AFF Cup nie. Tapi di Indonesia nanti confirm pelbagai halangan bakal menimpa. Kami pasti yang rakyat Indonesia akan membuat serangan laser ke atas player Malaysia nanti. Dan dengarnya, pelakon Julia Perez bakal memakai baju laser untuk menganggu tumpuan pemain kita. hahahaha!!! lawak!! lawak!!

Sebelum kita berjuang di Jakarta, kita imbas kembali detik-detik kemenangan di Bukit Jalil di video di atas. Dalam 3 gol yang dijaringkan, gol favourite saya tak lain tak bukan tandukan dari Safee Sali. Sekali tengok macam tandukan Wayne Rooney. Macam peluru menerjah gawang Markus yang terkesima tak tahu nak buat apa... Pergh!!! Tiba-tiba saya terrer pasal bola ni... wakakaka!!!
Marilah kita sama-sama menggembleng tenaga dan sokongan buat pemain bola sepak negara kita. Berharap kemenangan bakal jadi milik mutlak kita.
Juara di padang bola sepak pasti jadi milik Malaysia. Harimau pasti membaham Garuda di Jakarta. Malaysia boleh!!! Yeehaaa!!! Semangat!!! Semangat!!!

1 comment:

armouris said...

Malaysia boleh! Main bola jangan sampai cedera - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak