Saturday, January 15, 2011

:::Terapi Medan Elektrik :::


semalam... adalah hari ke-8 saya menjalani terapi di Alpha One, cawangan Kuang..
terapi aper tu?? >>> Terapi Medan Elektrik....

Saya mula menjalani terapi ini setelah mengalami Migrain yg teruk... selepas hari ke-3... terus hilang sakit kepala saya..
Penyakit lain yang boleh dirawat melalui kaedah ini termasuklah Diabetis, Insomnia, Gout, Angin Ahmar, Rheumatism, Artiritis, Lemah Jantung, masalah buah pinggang, Resdung, Kolestrol Tinggi, Lemah Tenaga batin, gangguan kitaran haid, Asma dan masalah hati. Kaedah rawatan Terapi Medan Elektrik ini adalah selamat untuk semua peringkat umur. Mereka yang telah merasainya pasti akan kembali semula setelah mendapati rawatan ini dapat mengurangkan penderitaan yang dialami.
Yang penting terapi ini PERCUMA!!!!!!!!!!!!
(^_^)
Jom tengok keterangan lanjut mengenai mesin terapi ini
*
*
*

Unit Terapi Medan Elektrik ini dikenali dengan nama BIOS 9000...
BIOS 9000 adalah alat Terapi Medan Elektrik yang meransang proses pemulihan tubuh badan menerusi aplikasi arus elektrik 9000v (maksimum). la direka bentuk dan dikilangkan 100% di Jepun oleh ITO Co. Ltd., peneraju dalam industri penghasilan peralatan pemulihan dan fisiosterapi dengan tahap piawaian tertinggi dan teknologi terkini.


BIOS 9000 mempunyai lima FUNGSI utama iaitu untuk:

* Mengalirkan arus elektrik untuk merangsang peredaran darah
* Membersihkan kotoran dalam saluran darah
* Menyelaraskan sistem saraf tidak terkawal
* Meningkatkan daya ketahanan serta mengimbangi hormon dalam badan
* Membantu membina sel-sel baru
*
*
*
nak tahu tak berapa harga mesin terapi ni???
*
*
*
HARGA BARU RM17,800
2ND HAND RM13,800 DAH SETAHUN DIPAKAI

tapi di AlphaOne ini adalah PERCUMA selagi centre itu dibuka... jom datang beramai2 untuk kesihatan kita bersama... TAPI...
hanya 3 org yg tidak dibenarkan menjalani terapi ini
- perempuan mengandung
- org yg mempunyai bateri dijantungnya
- org yg mempunyai kanser yg teruk dan disahkan doktor...
yg lain boleh jalani terapi ini, walaupun bayi.... (^_^)

Thursday, January 13, 2011

Ayat Tergantung....


gambar ni saya snap masa pergi ke sebuah pasar di kawasan ibukota...
bukanlah nak kata saya perfect sangat kannnnnnnn....
tapi ayat kat signboard tu memang tergantung...
TANGGA KE PEJABAT CAWANGAN SETAPAK.... cawangan aper??? tak bagitau pun cawangan aper.....

kalaulah ada orang yg tengah mencari tempat itu... kan ker jadi sesat... huhuhuuuu

Wednesday, January 12, 2011

Kecoh Facebook akan ditutup 15 Mac depan

PALO ALTO, California - Khabar angin dalam kalangan pengguna Internet mengenai penutupan laman sosial popular Facebook kini tersebar luas terutamanya menerusi laman sosial Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.

Antara mesej yang disampaikan oleh pengguna Twitter adalah seperti: "Facebook bakal ditutup pada Mac 2011? Saya harap tidak."

"Khabar angin adalah Facebook akan ditutup. Tolong jangan beralih kepada Twitter dan jangan rosakkan pengalaman jaringan sosial saya," kata @jjelksboss melalui Twitternya.

Terdapat juga kumpulan yang dibentuk di laman Facebook yang meminta agar laman sosial itu tidak ditutup dengan mesej: "Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011. Adakah terdapat cara lain untuk menghalangnya?"

Pada bulan lepas Yahoo telah mengumumkan bahawa Yahoo Video akan ditutup pada tarikh sama tetapi ia tidak bermaksud semua jaringan di Internet akan turut terhenti.

Dalam perkembangan sama akhbar Weekly World News melaporkan bahawa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg, 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut.

"Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini," jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.

Dalam satu temu ramah menerusi telefon Zuckerberg memberitahu: "Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik."


MARK ZUCKERBERG

"Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya balik," kata Zuckerberg.

Akhbar itu melaporkan Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi menjelaskan bahawa bermula 15 Mac ini pengguna tidak lagi akan dapat memasuki akaun Facebook dan meminta pengguna melakukan sesuatu agar semua gambar-gambar kesayangan tidak hilang.

"Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Justeru, jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya nasihatkan agar anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup," jelas Humarthi.

Bagaimanapun, akhbar International Business Times melaporkan bahawa khabar angin itu hanya disebarkan melalui laman-laman blog dan tiada laporan daripada mana-mana akhbar arus perdana berhubung penutupan tersebut.

Menurut Lou Kerner dari firma Wedbush Securities, Facebook mempunyai lebih 600 juta pengguna di seluruh dunia dengan 300 pemegang saham. - Agensi

Kredit : http://www.kosmo.com.my/

Monday, January 10, 2011

Sunday, January 09, 2011

Cupcake Cheese

Semalam... hari kerajinan saya buat cupcake cheese ni... kegemaran semua.. sedapp
ramai jugak yg minta resepi...
jom layan resepi dia jap....

BAHAN - BAHAN ::-
- 250grm cream cheese
- 180grm gula
- 30grm tepung halus
- vanilin
- soda bikarbonat
- perisa vanila
- blueberry/milo

CARA - CARA ::-
1) putarkan cream cheese bersama gula sehingga lembut
2) masukkan vanilin, perisa vanila dan soda bikarbonat
3) akhir sekali masukkan tepung halus
4) masukkan dalam kertas cupcake
5) selepas itu letakkan blueberry/milo atas bancuhan
6) akhir sekali bakar dalam 15minit...

itulah dia cara2 buat cupcakes yg simple ini ..
Simple dan Sedap.... hehehe
selamat mencuba semua

Saturday, January 01, 2011

Tahun 2011...


Selamat Tahun Baru 2011 semua!!!!!!!!
apa azam korangg tahun ni???

bagi saya... tak perlu ader azam... kalau setakat berazam jerk... tapi tak tunaikan...
lebih baik buat jerk apa yg dirancangkan dan buat jika termampu jerk...
tak perlu menyusahkan diri... hehehhe