Thursday, July 07, 2011

Rezeki Bersama ^_^

alhamdulillah... rezeki itu milik kita bersama kannn....
masa mula2 kawin dulu aku cuma pakai kereta kancil ni jerk...


dan hasben pakai kete Satria ni...


and now hasben aku baru beli kete ni...


alhamdulillah... rezeki anak2... dan insyallah kami berdua takkan lupa asal usul kami dan masa2 susah kami... kan bang???? hehehe
dan ingatlah rezeki ader dimana2... dan Tuhan telah mengagih2kan rezeki itu utk kita, dan kita cuma perlu berusaha sahaja utk mendapatkan nyer....

dan aku berharap... suatu hari nnti, hasben aku tergerak pintu hatinya utk membelikan kete idaman aku ni plak.... hikhikhik


cantik tak kete idaman aku ni??? hikhikhik

p/s khas utk en hasben :: plzzz sayang... belikan kete ni.... huhuhu ^_^

Kenali Ambiga Sreenevasan


Ini orangnya:::
Ambiga Sreenevasan lahir pada 1956
Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.

Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincang dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan orang Islam, Majlis Peguam yang diterajui Ambiga tetap meneruskan forum itu.
Tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai perhimpunan haram 9 Julai yang diketuainya.
Sebagai seorang peguam, Ambiga sudah tentu arif mengenai undang-undang dan Perlembagaan negara.
Untuk orang-orang Islam yang ikut sokong Makcik Ambiga Sreenevasan, ini yang dia perjuangkan. Ikutlah telunjuknya..

ANCAMAN DARIPADA 14 TUNTUTAN IFC TERHADAP UMAT ISLAM

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Wednesday, July 06, 2011

Bread Pudding Cheese With Raisin (Puding Roti Keju dgn Kismis)

dah lama aku dapat resepi ni dari adik aku... tp baru hari ni nk cuba... hiks!!


Bahannyer :::

10 keping roti
2 cwn susu segar
1/2 cwn gula perang
250gm Krim Cheese
1 biji telur
1 sudu esen vanilla
Raisin/buah campur untuk hiasan

Caranyer :::

Susun roti dalm loyang pembakar
jiruskan susu segar atas roti - biarkan dalam 15 minit
pukul krim cheese hingga gebu, masuk telur
masukkan gula perang + esen vanilla
Tuang atas roti tadi
Hiasan dgn raisin/buah campur
Bakar dlm oven selama 20 minit-30 minit = 180 'C
Tunggu sejuk..baru potong...

hah!!! senang kan... resepi aku memang senang2 semuanya... coz aku ni kan masak ikut mood... kang susah2 resepinyer, aku jadi malas nak masak... ehehehe... 

aku tak paksa korang cuba.. tapi kalo korang teringin nak buat apa salahnya mencuba.. sekurang2nya uols tau yang uols leh buat puding ni ke tak... hehehe..
ok chow!! ^_^

Tuesday, July 05, 2011

Lasagna sayer....

hari ni lps g swimming... perut dah lapor... dgn rajin nyer adikku mengofferkan diri mau masak lasagna... hehehehe
jom tgk resepi dier.... ^_^


Bahan – Bahan:

(Untuk lapisan lasagna)
  • 1/2 kotak(7 helai) Kepingan lapisan lasagna 
Cara-cara : Rebus kepingan lapisan tu sehingga kembang.. letak minyak sikit supaya tak lekat.Macam rebus mee spegethi tu jugak kaedahnya. Pastu angkat dan rendam dalam air sejuk.

(Untuk Inti lasagna)
  • 4 ulas bawang putih :: hiris / chop pun boleh
  • Cendawan :: butang or yang kering pun boleh dan kasi hiris lar.. 
  • 1 tin sos preego perisa traditional :: ni terpulang.. kalau nak jadikan lasagna warna putih beli lar yang perisa cedawan tu..
  • Daging kisar :: Brand Ramly – if takde brand lain pun boleh..janji halal.
  • Lada hitam sikit dan garam. 

Cara – Cara : Tumis lar bawang putih tadi, naik bau.. masukkan daging pulak.. tumis separuh masak.. masuk sos prego tadi.. dan gaul… 
Masukkan cendawan pula, lada hitam/sulah dan garam.. gaul sehingga masak. dan ketepikan.
(Untuk Sos Putih pula)
Cheddar Chesse :: pakai suku dari satu buku tu.. potong dadu
  • 3 sudu besar  tepung gandum :: bancuh dengan 1 cawan teh air masak. bukan air teh taw.. jgn kompius..
  • 1 cawan teh susu segar
  • sedikit garam
Cara – Cara :: Leburkan semua dalam kuali.. masak sehingga didih dan pekat,
Okay.. bila semua dah ready.. masa untuk penyediaan pulak..
  • Sediakan loyang/bekas kaca tebal/ bekas yang bersesuaian untuk jenis bakar lasagna ni.. if takde guna loyang kek sudah.. cam aku buat.
  • Letak majerin keliling bekas tu… dan lapiskan selapis dengan kulit lasagna yan dah di sejukkan tadi.
  •  lepas tu.. ambil inti daging tadi.. lapiskan kat atas kulit lapisan tadi..
  • Kemudian lapiskan pula dengan sos putih tadi.. supaya tutup inti atas tadi.
  • baki cheddar cheese tadi boleh di letak atas lapisan sos putih tu. parut boleh atau nak jadikan slices pun boleh. 
  • Ulang proses lapisan tadi.. sehingga penuh bekas.. atas sekali, jika ada lebih sos putih boleh letak atas lapisan kulit bersama cheese tadi.
  • Bakar selama 30 minit. 
begitulah cara2nya... kalo korang x faham gak... boleh lah pergi ke blog kawan kitew ni greenstrawberryheaven  kerana adik aku pun tgk dari blog dia... selamat mencuba hokey ^_^